Yayasan LTAT

'Menuju ke Arah Kecemerlangan Pendidikan'

1) Mengapa Yayasan LTAT diwujudkan ?

Objektif utama penubuhan Yayasan LTAT ialah untuk mengumpulkan seberapa banyak dana yang boleh dari kalangan syarikat-syarikat kumpulan LTAT bagi membantu membiayai kos pembelajaran anak-anak anggota ATM dan Veteran ATM.

2) Apakah fungsi Yayasan LTAT ?

Fungsi Yayasan LTAT adalah untuk menyediakan bantuan kewangan kepada anak-anak ATM yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan PMR bagi memastikan anak-anak anggota ATM yang sedang berkhidmat dan yang telah bersara berjaya di dalam bidang pembelajaran masing-masing. Bantuan ke IPTA adalah terhad kepada anak-anak ATM sahaja.

3) Siapakah yang layak mendapat bantuan Yayasan LTAT? 

Hanya terbuka kepada anak-anak anggota ATM yang sedang berkhidmat dan juga anak-anak Veteran ATM dari kalangan Askar Wataniah Yang Diserapkan Sepenuh Masa (AKAS) tetapi tidak termasuk anak-anak Bekas Tentera British.

4) Apakah syarat-syarat untuk mendapatkan bantuan Yayasan LTAT?

4.1 a) Mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR (5A, 4A1B dan 4A1C) hanya bagi mata pelajaran teras sahaja dari Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan (B.M salah satu sama ada penulisan/pemahaman wajib mendapat A)

b) Sertakan salinan sah Keputusan peperiksaan UPSR yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia.

4.2 a) Mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PT3 (6A - 11A) hanya bagi mata pelajaran teras sahaja dari Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan. (B.M wajib mendapat A)

b) Keputusan peperiksaan PT3 yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia sahaja.

4.3 a) Mendapat tawaran ke IPTA untuk mengikuti Pengajian Ijazah Pertama sahaja .
b) Hanya layak untuk anak-anak ATM (Ibu/Bapa) yang masih berkhidmat.
c) Permohonan adalah bagi kemasukan dalam tahun semasa sahaja.
d) Pengajian sepenuh masa.
e) Sertakan Salinan Sah Surat Tawaran daripada Pusat Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan.

5) Bagaimana untuk memohon bantuan Yayasan LTAT?

a) Bagi anak-anak ATM yang masih berkhidmat, permohonan boleh dibuat melalui Jabatan Arah Pendidikan ATM, Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur.

b) Bagi anak-anak Veteran ATM, permohonan boleh dibuat melalui Persatuan Veteran Tentera Malaysia (PVATM) Bahagian/Cawangan masing-masing.

6) Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk memohon bantuan Yayasan LTAT?

a) Salinan sah keputusan peperiksaan UPSR/PT3 yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia.
b) Salinan sah Sijil Kelahiran Pelajar.
c) Salinan sah Kad Pengenalan Pelajar.
d) Salinan sah Kad Pengenalan bapa / Buku Persaraan (hanya Veteran Tentera).
e) Salinan sah Buku Akaun Bank BSN /AFFIN (bukan akaun bersama).
f) Jika Anak Angkat/Anak Tiri hendaklah disertakan salinan sah surat pengesahan penjaganya daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat/diistihar di dalam PERBAH 11- Pasukan (anggota yang masih berkhidmat).

7) Siapakah yang layak mendapat bantuan Skim Dermasiswa Role Model?

Hanya terbuka kepada anak-anak pertama anggota ATM yang sedang berkhidmat dari Lain-lain pangkat (LLP).

8) Apakah syarat-syarat untuk mendapatkan Skim Dermasiswa Role Model?

a) Lulus dan mendapat keputusan baik dalam peperiksaan UPSR (4A2B, 4A1B1C)
b) Sertakan salinan sah Keputusan peperiksaan UPSR yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia.

9) Bagaimana untuk memohon bantuan Skim Dermasiswa Role Model?

a) Permohonan boleh dibuat melalui Jabatan Arah Pendidikan ATM, Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur.

10) Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk Skim Dermasiswa Role Model?

a) Salinan sah keputusan peperiksaan UPSR yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia.
b) Salinan sah Sijil Kelahiran Pelajar.
c) Salinan sah Kad Pengenalan Pelajar.
d) Salinan myTentera.
e) Salinan sah Buku Akaun Bank BSN / AFFIN (bukan akaun bersama).
f) Jika Anak Angkat/Anak Tiri hendaklah disertakan salinan sah surat pengesahan penjaganya daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat/diisytihar di dalam PERBAH 11- Pasukan (anggota yang masih berkhidmat).
g) BAT D 45 Rekod Perkhidmatan Hal-Hal Peribadi.

Terkini

  • Permohonan Dermasiswa Yayasan LTAT bagi Skim IPTA,   UPSR & UPSR ROLE MODEL kini telah dibuka [klik].


Hubungi Kami


Urusetia Yayasan LTAT Lembaga Tabung Angkatan Tentera Tingkat 2, Bangunan LTAT Jalan Bukit Bintang 55100 KUALA LUMPUR Email: yayasanltat[at]ltat.org.my


Talian Bebas Tol: 

1-300-88-5828