Program PROWIRA – RTW Graduan merupakan satu inisiatif strategik di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) yang dilaksanakan melalui Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (Yayasan LTAT). Program ini dirangka khusus untuk memperkasa graduan ijazah sarjana muda dalam kalangan anak warga kerja pertahanan memperoleh pengalaman kerja sebenar dalam tempoh 12 bulan di syarikat-syarikat rakan strategik terpilih, merangkumi industri pertahanan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), serta syarikat sektor swasta berdaya saing.