Aktiviti

Pembaharuan Pengecualian Cukai LHDN

Yayasan LTAT dengan sukacita memaklumkan bahawa kami telah menerima kelulusan rasmi bagi pembaharuan status Pengecualian Cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN). Kelulusan ini dikeluarkan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967,

WhatsApp
Telegram
Facebook
X
LinkedIn

Yayasan LTAT dengan sukacita memaklumkan bahawa kami telah menerima kelulusan rasmi bagi pembaharuan status Pengecualian Cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

Kelulusan ini dikeluarkan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967, dan berkuat kuasa untuk tempoh lima (5) tahun, bermula dari 1 Januari 2026 hingga Disember 2030.

Pengesahan ini mencerminkan komitmen Yayasan terhadap tadbir urus yang telus dan memastikan sumbangan yang diberikan layak mendapat pengecualian cukai tertakluk kepada syarat & peraturan yang ditetapkan oleh LHDN.

Makluman ini bertujuan untuk memaklumkan kepada semua pihak berkepentingan termasuk orang awam, syarikat, dan para penyumbang yang berpotensi mengenai status perlepasan cukai yang telah diperbaharui ini.