PELUANG PROGRAM TVET MARA
Peluang melanjutkan pengajian ke peringkat Sijil dan Diploma kini tersedia buat anak-anak Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Program TVETMARA bagi sesi pengambilan Januari hingga Jun 2027.
Tarikh tutup: 16 November 2026
PELUANG LANJUT PENGAJIAN MBA UNTUK KOMUNITI ATM
Yayasan LTAT bersama rakan strategik Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) membuka peluang kepada anggota ATM, ahli BAKAT dan anak-anak ATM untuk mengikuti program Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) secara Open & Distance Learning (ODL) dengan yuran pengajian serendah RM10,000.
BINA KERJAYA ANDA BERSAMA PROGRAM SKIL ILTIZAM
Yayasan LTAT dengan kerjasama KHTP Skills Centre mempelawa anak-anak Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang masih berkhidmat untuk menyertai Program SKIL ILTIZAM Lepasan SPM dalam bidang Teknologi Pembuatan.
10 BIASISWA KHAS BUAT ANAK WARGA ATM
Peluang melanjutkan pengajian kini terbuka buat anak-anak warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi tawaran 10 Biasiswa Khas Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) dengan kerjasama Yayasan LTAT, Yayasan Bank Rakyat (YBR) dan JPANS (Sabah).
Tarikh tutup: 18 September 2026