Asas Yayasan LTAT

Teras Penubuhan Yayasan LTAT

Yayasan LTAT ditubuhkan pada 26 April 2000 oleh Syarikat Kumpulan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (“Kumpulan LTAT”) yang diterajui oleh Boustead Holdings Berhad (“BHB”) dan dahulunya dikenali sebagai Yayasan Warisan Perajurit (“YWP”). Majlis pertukaran nama “YWP” kepada Yayasan LTAT disempurnakan oleh bekas Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein, pada 22 Julai 2016 di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur.

Teras utama penubuhan Yayasan LTAT:

Teras Pendidikan

  • Menyalurkan bantuan daripada segi pendidikan kepada anak-anak anggota ATM yang masih berkhidmat
  • Menjalinkan kerjasama strategik bersama institusi pengajian tinggi untuk menjaga kepentingan penerima manfaat 
  • Menawarkan yuran/tajaan/dermasiswa kepada anak-anak anggota ATM yang masih berkhidmat

Teras Kemahiran

  • Menyediakan latihan dan kursus kepada isteri serta anak-anak anggota ATM dan anak-anak veteran
  • Menyediakan platform kerjaya kepada kumpulan sasaran Yayasan LTAT
  • Berkolaborasi dengan syarikat yang menawarkan latihan kemahiran teknikal supaya dapat memberi kelebihan terhadap kebolehpasaran dalam pelbagai industri

Teras Kebajikan

  • Menghulurkan bantuan kewangan dan kebajikan kepada warga ATM yang masih berkhidmat serta ahli keluarga mereka 
  • Menjalinkan kerjasama strategik dengan Agensi Kerajaan serta syarikat GLCs untuk menjaga kepentingan penerima manfaat Yayasan LTAT