Program CSR

Program Pendidikan

Yayasan LTAT komited menyokong pendidikan anak-anak ATM melalui biasiswa, dermasiswa, dan pelbagai inisiatif akademik.

Penerima Maanfaat Teras Pendidikan
0 +

Simpanan Pendidikan MADANI

  • Insentif one-off RM50 bagi pembukaan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) Prime.
  • Layak untuk setiap anak-anak anggota ATM yang masih berkhidmat dan bersekolah di Tahun 1.

Program Pendidikan STEM

  • Bertujuan untuk menarik minat anak-anak warga ATM menceburi bidang STEM sebagai persediaan menghadapi cabaran masa depan negara.
  • Kolaborasi bersama Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) dan Universiti Sains Malaysia (USM) bertujuan untuk memperkasa pendidikan STEM dalam kalangan anak-anak anggota ATM yang terdiri daripada pelajar tingkatan 2 dan 3 yang bersekolah di dalam kem.
  • Dengan sokongan dari pihak Kementerian Pertahanan dalam menyediakan platform bagi memartabatkan pendidikan STEM di kalangan anak-anak tentera.

Program Road to Success

Program bimbingan awal dan bantuan persediaan awal sebelum menduduki SPM bagi pelajar Tingkatan 4 Sekolah Dalam Kem.

Program Sentuhan Elit SPM

Inisiatif sokongan pendidikan dengan memberi bimbingan untuk mempertingkatkan tahap pencapaian akademik anak-anak warga ATM dan awam MinDef Tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan SPM meliputi 5 komponen:

  • Tuisyen Intensif SPM
  • Bengkel Teknik Menjawab Soalan
  • Pecutan Akhir SPM
  • Program Motivasi Pelajar & Ibu Bapa
  • Program Kerjaya & Hala Tuju Selepas SPM

Program e-Perkasa SPM

Kolaborasi antara Yayasan LTAT dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk menyediakan program tuisyen dalam talian kepada anak-anak ATM calon SPM yang bersekolah di luar kem seluruh negara.

Penyerahan Peranti e-Perkasa SPM

Pemberian chromebook atau peranti bersesuaian untuk anak-anak warga ATM yang terlibat dalam Program e-Perkasa SPM.

Anugerah Kecemerlangan Pendidikan (AKP) SPM

Inisiatif ini dilaksanakan untuk memberi pengiktirafan kepada anak-anak warga ATM yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Syarat kelayakan utama AKP SPM adalah anak warga ATM perlu mendapatkan keputusan 5A ke atas. Setiap penerima manfaat akan menerima insentif secara one-off mengikut bilangan ‘A’ yang diperolehi melalui akaun SSPN Prime.

Bantuan Universiti Awam

Insentif secara one-off RM1,000 menerusi akaun SSPN Prime kepada anak-anak warga ATM yang berjaya melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pertama di Universiti Awam.

Bantuan Universiti Luar Negara

Insentif secara one-off RM2,000 melalui akaun SSPN Prime kepada anak-anak warga ATM yang berjaya melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pertama di Universiti Luar Negara.

Yayasan LTAT - IIUM Ummatic Scholarship

  • Biasiswa ini ditawarkan kepada 10 orang pelajar setiap tahun dengan anggaran setiap pelajar akan menerima peruntukan sebanyak RM30,000 sepanjang tempoh pengajian di UIAM.
  • Ditawarkan kepada anak ATM, anak veteran serta anak awam yang sedang melanjutkan pelajaran di UIAM.
  • Penerima biasiswa perlu berkhidmat kepada ATM selepas tamat pengajian.

Program Penajaan Asasi Sastera Bersama Unirazak

  • Kerjasama strategik Yayasan LTAT bersama Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) dan Jabatan Arah Pendidikan ATM selama 5 tahun.
  • Memberi peluang kepada anak-anak anggota ATM melanjutkan pengajian ke Asasi Sastera secara percuma. 
  • Terbuka kepada 250 anak-anak anggota ATM yang terawal sahaja.

Tajaan Penuh Biasiswa Pendidikan di Kings University College

  • Tajaan penuh biasiswa dari Asasi hingga ke Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Teknologi Maklumat & Kecerdasan Buatan (AI).
  • Khas untuk 20 orang anak Anggota ATM.
  • Tajaan penuh biasiswa dari Diploma hingga ke Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Biomedical Sciences, Occupational Safety & Health, Environmental Health, Nursing.
  • Khas untuk 5 orang anak Anggota ATM.

Tajaan Penuh Biasiswa Pendidikan di City University Malaysia

  • Tajaan penuh biasiswa dari Diploma hingga ke Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Biomedical Sciences, Occupational Safety & Health, Environmental Health, Nursing.
  • Khas untuk 5 orang anak Anggota ATM.
Inisiatif Pendidikan Yayasan LTAT

Sorotan CSR Pendidikan

Koleksi artikel, cerita program, dan sorotan inisiatif pendidikan Yayasan LTAT yang memaparkan pencapaian pelajar, aktiviti pembelajaran, serta usaha memperkasa anak-anak komuniti ATM.