Aktiviti, Pendidikan

YAYASAN LTAT BUKA RUANG ANAK ATM TEROKA DUNIA STEM MELALUI TEKNOLOGI DRON

Yayasan LTAT terus memperkasa pendidikan STEM dalam kalangan anak-anak warga ATM menerusi pendedahan kepada teknologi dron, sekali gus membuka ruang kepada mereka untuk meneroka ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.
WhatsApp
Telegram
Facebook
X
LinkedIn

MELAKA, 19 November 2026 – Pendedahan kepada teknologi dron menjadi salah satu usaha Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (YLTAT) dalam memperluas pengetahuan anak-anak warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terhadap bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Menerusi Program Pendidikan STEM Sekolah Dalam Kem (SDK) Tahun 2026, seramai 30 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Terendak menyertai Bengkel Intensif STEM (Pengaturcaraan Dron), hasil kolaborasi antara Yayasan LTAT dan Universiti Sains Malaysia (USM) melalui tajaan Global Turbine Asia Sdn Bhd.

Pendekatan pembelajaran secara praktikal ini membantu pelajar mengasah kemahiran teknikal, pemikiran kritis, sekali gus membuka peluang untuk membina potensi dan mempersiapkan pelajar bagi meneroka peluang memasuki pertandingan pada masa akan datang.

Yayasan LTAT akan terus memperkasa pendidikan anak-anak warga ATM bagi melahirkan generasi kreatif dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.