Pengenalan

Sejarah Yayasan LTAT

Yayasan LTAT ditubuhkan pada 26 April 2000 oleh Syarikat Kumpulan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (“Kumpulan LTAT”) yang diterajui oleh Boustead Holdings Berhad (“BHB”) dan dahulunya dikenali sebagai Yayasan Warisan Perajurit (“YWP”). 

Pada 1 Mei 2021, Yayasan LTAT telah melalui transformasi serta penstrukturan semula dan diuruskan secara sepenuh masa oleh pengurusan dan kakitangannya sendiri dengan tujuan utama penubuhan iaitu untuk menjaga kebajikan serta membiayai pendidikan anak-anak, keluarga dan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Misi & Nilai Teras

Teras Penubuhan YLTAT

Teras penubuhan Yayasan LTAT adalah meningkatkan mutu kehidupan anak-anak anggota atau veteran Angkatan Tentera Malaysia (“ATM”), termasuk ahli keluarga mereka tanpa mengira kaum atau agama terutamanya dalam aspek pendidikan dan kebajikan.

Berikut adalah teras penubuhan Yayasan LTAT:-

Teras Pendidikan

Kami komited memperkasa generasi muda melalui biasiswa, latihan, dan sokongan akademik bagi memastikan warga ATM serta keluarga mereka memiliki akses kepada peluang pendidikan yang berkualiti.

Teras Kebajikan

Yayasan LTAT prihatin terhadap kebajikan warga ATM dengan menyalurkan bantuan, sokongan komuniti, dan program kesejahteraan bagi meringankan beban serta meningkatkan kualiti hidup mereka.

Teras Kemahiran

Kami menyediakan pelbagai latihan kemahiran, bengkel, dan kursus pembangunan diri untuk meningkatkan kebolehan warga ATM agar lebih bersedia menghadapi cabaran kerjaya dan kehidupan.