KUALA LUMPUR, 16 November 2026 – Bengkel AI Development telah diadakan selama dua hari di Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Tun Hussein Onn (SMKDTHO), Kuala Lumpur, dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) dan Yayasan LTAT. Pelaksanaan program ini turut mendapat sokongan daripada Global Turbine Asia.
Sepanjang bengkel, para pelajar diberikan pendedahan kepada beberapa modul teknologi termasuk pembinaan laman web menggunakan HTML, CSS dan JavaScript, selain pengenalan kepada Machine Learning dan Deep Learning. Mereka turut didedahkan kepada konsep pembangunan Internet of Things (IoT) menggunakan teknologi seperti EmotiBit, Raspberry Pi dan ESP32.
Pendedahan ini memberi ruang kepada para pelajar untuk memahami konsep dan aplikasi teknologi dengan lebih mendalam, di samping mengembangkan kemahiran teknikal, penyelesaian masalah serta keyakinan dalam mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari.
Bengkel ini juga menjadi sebahagian daripada persediaan pelajar untuk menyertai pertandingan akan datang, dengan membekalkan asas pengetahuan dan kemahiran yang boleh dimanfaatkan dalam pembangunan idea serta penghasilan projek berasaskan teknologi.