Seramai 205 orang pelajar menyertai Komponen Hala Tuju, komponen terakhir dalam Program Sentuhan ELIT yang memberi pendedahan tentang peluang melanjutkan pengajian dan pilihan kerjaya selepas SPM.
Perkongsian daripada Maktab Tentera Diraja, TVET MARA, MJII, City University Malaysia, DRB-HICOM University dan Netherlands Maritime University Malaysia membuka ruang kepada para pelajar untuk mengenali pelbagai laluan pendidikan yang boleh diterokai.
Semoga pendedahan ini membantu para pelajar membuat pilihan yang tepat serta terus bersemangat mengejar cita-cita dan melangkah ke peringkat pendidikan yang lebih tinggi.