Aktiviti, Kemahiran

MEMPERKASA KEMAHIRAN, MENJANA PENDAPATAN BAKAT TIM NUKLEUS REJIMEN 882 PUTD

Seramai 15 ahli BAKAT Tim Nukleus Rejimen 882 PUTD menyertai Kursus Pembuatan Roti Manis di Kolej Komuniti Paya Besar, Gambang, bagi meningkatkan kemahiran pembuatan roti.
WhatsApp
Telegram
Facebook
X
LinkedIn

KUANTAN, 31 Oktober 2026 – Seramai 15 orang ahli BAKAT Tim Nukleus Rejimen 882 PUTD telah menyertai Kursus Pembuatan Roti Manis yang berlangsung di Kolej Komuniti Paya Besar, Gambang sebagai pendedahan terhadap kemahiran pembuatan roti.

Kursus ini merupakan salah satu usaha di bawah Program Kemahiran Keluarga Angkatan Tentera (K2T) bagi Kluster Masakan dan Katering dalam memperluas peluang pembangunan kemahiran kepada ahli BAKAT.

Menerusi kursus ini, para peserta didedahkan dengan pengenalan bahan dan peralatan, teori asas pembuatan roti, demonstrasi dan amali penyediaan doh asas serta penghasilan aneka roti manis seperti roti kacang merah, roti chicken floss, roti butter dan roti kaya pandan.

Melalui Program K2T, Yayasan LTAT terus komited dalam memperluas peluang pembangunan kemahiran kepada keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM), sekali gus membuka ruang untuk meneroka potensi penjanaan pendapatan dan meningkatkan kesejahteraan ekonomi keluarga.