Aktiviti, Kemahiran

Fasa Satu Jelajah Taklimat Program Kemahiran Keluarga Tentera (K²T) 

Taklimat Program Kemahiran Keluarga Tentera (K²T) Ahli Bakat & Anak-Anak ATM telah berjaya dilaksanakan di lapan lokasi kem bagi fasa pertama. Antara 22 kursus yang ditawarkan adalah: Program ini memberi pendedahan awal tentang pelaksanaan K²T

WhatsApp
Telegram
Facebook
X
LinkedIn

Taklimat Program Kemahiran Keluarga Tentera (K²T) Ahli Bakat & Anak-Anak ATM telah berjaya dilaksanakan di lapan lokasi kem bagi fasa pertama.

Antara 22 kursus yang ditawarkan adalah:

  • Katering & Sajian
  • Hospitaliti & Pelancongan
  • Elektrik & Elektronik
  • Kraftangan & Hiasan Dalaman
  • Bahasa
  • Kenderaan & Automotif
  • Sains Kesihatan
  • Teknologi Hijau
  • Seni Kreatif
  • Komputer & Teknologi Maklumat
  • Akuakultur
  • Grafik & Multimedia
  • Perniagaan & Keusahawanan
  • Bangunan
  • Jahitan & Pakaian
  • Kecantikan & Dandanan
  • Kerohanian & Keagamaan
  • Sains & Matematik
  • Pembangunan Diri / Motivasi
  • Teknologi Agro
  • Kesenian & Kebudayaan
  • Program Industri

Program ini memberi pendedahan awal tentang pelaksanaan K²T yang menawarkan pelbagai latihan kemahiran jangka pendek di bawah inisiatif Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), bertujuan membina kemahiran dan meningkatkan potensi ekonomi keluarga ATM.

Pelaksanaan program ini adalah hasil kerjasama strategik bersama Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), dengan sokongan penaja utama, Pharmaniaga Berhad. Selain sesi taklimat, reruai pameran turut dibuka di setiap lokasi bagi membolehkan peserta mendapatkan maklumat lanjut berkaitan program yang ditawarkan berhampiran kem masing-masing.