11 Oktober 2025, Yayasan LTAT terus komited dalam menjaga kebajikan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan menyalurkan bantuan kebajikan kepada tiga orang anggota ATM di sekitar Sungai Petani, Kedah.
Sumbangan telah disampaikan oleh YBhg. Datoโ Dr. Mohd Nizar Hj. Sudin, Ketua Eksekutif Yayasan LTAT, yang turut menziarahi penerima di kediaman masing-masing bagi menyampaikan sumbangan serta memberi kata-kata semangat.
Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan berterusan Yayasan LTAT dalam membantu meringankan beban anggota ATM dan keluarga, di samping menghargai jasa serta pengorbanan mereka kepada negara.








