SUNGAI PETANI, 11 Oktober 2025: Taklimat Inisiatif-inisiatif YAYASAN LTAT kepada anggota warga ATM telah di sampaikan oleh YBhg Dato’ Dr Mohd Nizar B. Hj Sudin di Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani,Kedah.
Ia sempenaJelajah WIRA LTAT Edisi Zon Utara yang telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan pada hari ini.
Terdapat 13 Inisiatif berteraskan pendidikan, kemahiran dan kebajikan oleh Yayasan LTAT yang ditawarkan untuk warga ATM dan ahli keluarga mereka.
Selain sesi taklimat, Yayasan LTAT turut membuka reruai pameran bagi memudahkan warga ATM mendapatkan maklumat lebih lanjut.
Program ini merupakan sebahagian daripada usaha Yayasan LTAT untuk memperluaskan capaian maklumat kepada warga ATM di seluruh negara.
Jelajah seterusnya akan diadakan di Kem Bukit Cowder, Kangar, Perlis pada 14 Oktober 2025.












