KANGAR, 14 Oktober 2025 โ Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (Yayasan LTAT) telah menyertai dengan penuh komitmen program Jelajah Wira LTAT Edisi Utara yang berlangsung di Kem Bukit Cowder Kangar, Perlis, anjuran Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Penyertaan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Yayasan LTAT untuk mendekati dan menyantuni warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM), selain memperkukuh peranan Yayasan LTAT dalam memperkasa aspek pendidikan, kemahiran dan kebajikan keluarga ATM.
Taklimat Inisiatif Yayasan LTAT telah disampaikan oleh Encik Mohammad Zamri bin Zakaria, Pengurus Kanan Pembangunan Korporat Yayasan LTAT, yang memberi penerangan mengenai pelbagai inisiatif yang disediakan khusus untuk warga ATM.
Yayasan LTAT juga turut membuka booth pameran dan mendapat sambutan menggalakkan daripada Warga ATM yang hadir untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai inisiatif pendidikan, kemahiran dan kebajikan yang ditawarkan.
Program ini turut dihadiri oleh barisan kepimpinan utama Kementerian Pertahanan, wakil Angkatan Tentera Malaysia dan LTAT antaranya:
โข YBhg. Datin Roszanina binti Wahab, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) MINDEF
โข YBhg. Brig. Jen. Datuk Mohd Zaini bin Hj Halim, Panglima 30 BGD
โข YBhg. Brig. Jen. Mohd Fouzi bin Sulaiman, Panglima 6 BGD
โข YBrs. Encik Haizad Rizal A. Aziz, Ketua Pegawai Kewangan LTAT
โข YBrs. Encik Ahmad Farouk Mohamed, Ketua Pegawai Pelaburan LTAT
Yayasan LTAT merakamkan penghargaan kepada semua warga ATM atas kehadiran dan sokongan yang diberikan sepanjang program ini.
Yayasan LTAT akan terus komited dalam memperkasa kebajikan warga ATM di seluruh negara.
Jumpa anda di lokasi seterusnya – Jelajah Wira LTAT di Pangkalan TUDM Butterworth pada 17 Oktober 2025.










