PULAU PINANG, 17 Oktober 2025 – YB Tuan Haji Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan telah menyempurnakan Majlis Penutup Program Pemeriksaan Usahawan Wira LTAT 2024/2025 yang telah diadakan bersempena Jelajah Wira LTAT 2025: Edisi Utara di Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang.
Turut hadir ialah YBhg. Leftenan Jeneral Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM, Timbalan Panglima Tentera Udara; YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Azizan bin Ariffin TUDM (Bersara), Pengerusi LTAT; YBrs. Encik Mohammad Ashraf Md Radzi, Ketua Eksekutif LTAT; serta YBhg. Brigedier Jeneral Tan Lai Hock TUDM, Komander Pangkalan Udara Butterworth.
Program Jelajah ini menjadi platform kepada Yayasan LTAT untuk mendekati dan memberi taklimat serta penerangan secara langsung kepada warga ATM. Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Mohammad Zamri bin Zakaria, Pengurus Kanan Pembangunan Korporat, Yayasan LTAT.











