Berita

Yayasan LTAT perkasa modal insan warga ATM

KUANTAN – Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (Yayasan LTAT) terus memperkasa pembanguan modal insan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi program Jelajah Inisiatif Yayasan LTAT yang berlangsung di Markas Wilayah Laut 1, di sini, semalam.

WhatsApp
Telegram
Facebook
X
LinkedIn

KUANTAN – Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (Yayasan LTAT) terus memperkasa pembanguan modal insan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi program Jelajah Inisiatif Yayasan LTAT yang berlangsung di Markas Wilayah Laut 1, di sini, semalam.

Antara inisiatif utama program ini adalah Program Kemahiran Keluarga Tentera (K²T), iaitu satu program dengan kerjasama Yayasan LTAT dengan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).

Menurut Yayasan LTAT, program ini memberi peluang kepada ahli keluarga warga ATM meningkatkan kemahiran melalui kursus jangka pendek yang ditawarkan oleh kolej komuniti yang berhampiran dengan kem ketenteraan.

“Program K²T juga memberi peluang kepada peserta menjana pendapatan tambahan serta meningkatkan keyakinan diri dan keupayaan berdikari selaras dengan matlamat Kementerian Pertahanan untuk melahirkan komuniti pertahanan yang berdaya saing dan berpengetahuan,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, terdapat lima kolej di Pahang iaitu Kolej Komuniti Kuantan, Kolej Komuniti Paya Besar, Kolej Komuniti Temerloh, Kolej Komuniti Rompin dan Kolej Komuniti Pekan yang terlibat dalam program itu.

Jelasnya, program tersebut merupakan komitmen berterusan Kementerian Pertahanan dan Yayasan LTAT dalam memperkukuhkan modal insan warga ATM dan keluarga mereka melalui pendekatan yang stategik melalui pendidikan, kemahiran dan kebajikan. – MalaysiaGazette