Mersing, 11 November 2025 – Program Jelajah Inisiatif Yayasan LTAT diteruskan di Markas 21 Gerup Gerak Khas, melibatkan penyertaan seramai 415 orang warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta ahli BAKAT.
Hadir sama memeriahkan program ialah Ketua Staf Perkhidmatan 21 Gerup Gerak Khas, YBrs. Brigedier Jeneral Mohd Musyadi Abdul Mutalib, Kolonel Tadbir/Logistik Markas 21 GGK, YBrs. Kolonel Fadzil Husin serta Pengarah Kolej Komuniti Bandar Penawar, YBrs. Encik Wan Ajrul Asward Wan Hashim.
Pelbagai pengisian menarik diadakan termasuk taklimat berkaitan inisiatif Yayasan LTAT, pengenalan kepada Program Kemahiran Keluarga Tentera (KยฒT), sesi soal jawab bersama peserta serta booth pameran daripada Yayasan LTAT, Kolej Komuniti Bandar Penawar dan Kolej Komuniti Kluang.
Penganjuran program ini bertujuan memperluas pemahaman warga ATM terhadap pelbagai inisiatif Yayasan LTAT berasaskan pendidikan, kemahiran dan kebajikan, di samping memperkukuh hubungan dengan komuniti pertahanan di lapangan.
Yayasan LTAT berharap agar program ini dapat menggalakkan lebih ramai warga BAKAT dan anak-anak ATM menyertai Program KยฒT sebagai usaha memperkasakan kemahiran serta menambah nilai pendapatan isi rumah.







