Aktiviti

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐‰๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ก ๐ˆ๐ง๐ข๐ฌ๐ข๐š๐ญ๐ข๐Ÿ ๐˜๐š๐ฒ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐‹๐“๐€๐“ & ๐Š๐ž๐ฆ๐š๐ก๐ข๐ซ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ๐ ๐š ๐“๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐š (๐Šยฒ๐“) – Kolej Tentera Udara, Alor Setar

Alor Setar, 14 November 2025 โ€“ Siri Jelajah Inisiatif Yayasan LTAT diteruskan di Kolej Tentera Udara (KTU), menghimpunkan seramai 200 orang yang terdiri daripada pegawai & anggota ATM serta ahli -ahli BAKAT. Program turut diserikan

WhatsApp
Telegram
Facebook
X
LinkedIn

Alor Setar, 14 November 2025 โ€“ Siri Jelajah Inisiatif Yayasan LTAT diteruskan di Kolej Tentera Udara (KTU), menghimpunkan seramai 200 orang yang terdiri daripada pegawai & anggota ATM serta ahli -ahli BAKAT. Program turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi BAKAT KTU, YBhg. Puan Che Noraini Haji Ahmad.

Pengisian program dimulakan dengan taklimat berkaitan inisiatif Yayasan LTAT yang berfokus kepada pendidikan, kemahiran dan kebajikan yang telah disampaikan oleh YBrs Encik Mohammad Zamri Zakaria, Pengurus Kanan Pembangunan Korporat Yayasan LTAT. Seterusnya, peserta diberi penerangan berkaitan peluang menyertai Program Kemahiran Keluarga Tentera (KยฒT) di Kolej Komuniti melalui sesi taklimat oleh Ketua Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat Kolej Komuniti Bandar Darul Aman, YBrs. Puan Norzeti Zainal. Sesi ini turut menyediakan sesi soal jawab bersama peserta bagi memberi kefahaman lebih menyeluruh terhadap tawaran program yang disediakan.

Di samping itu, Booth pameran dari Yayasan LTAT dan Kolej Komuniti Bandar Darul Aman menjadi antara tarikan utama, memberikan ruang kepada peserta mendapatkan maklumat lebih dekat tentang program KยฒT dan peluang pembangunan kemahiran yang ditawarkan.

Majlis penutup disempurnakan oleh Komandan Kolej Tentera Udara, YBhg. Brig Jen Azman Taib TUDM, yang menyatakan penghargaan kepada Yayasan LTAT atas usaha memperluas akses latihan kemahiran kepada komuniti dan warga pertahanan.

Yayasan LTAT berharap lebih ramai ahli BAKAT dan anak-anak ATM memanfaatkan peluang menyertai Program KยฒT sebagai usaha meningkatkan kemahiran serta menambah nilai ekonomi keluarga.