Aktiviti

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐๐ž๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐š๐ง ๐’๐“๐„๐Œ – Fasa Program Outreach diteruskan lagi di Maktab Tentera Diraja (MTD)

Sg. Besi, 14 November 2025 โ€“ Program Pendidikan STEM anak-anak ATM bagi pelaksanaan Fasa Program Outreach diteruskan lagi di Maktab Tentera Diraja (MTD), melibatkan seramai 227 pelajar tingkatan 4 yang turut serta dalam sesi taklimat

WhatsApp
Telegram
Facebook
X
LinkedIn

Sg. Besi, 14 November 2025 โ€“ Program Pendidikan STEM anak-anak ATM bagi pelaksanaan Fasa Program Outreach diteruskan lagi di Maktab Tentera Diraja (MTD), melibatkan seramai 227 pelajar tingkatan 4 yang turut serta dalam sesi taklimat ini.

Program ini dikendalikan oleh Encik Muhammad Amri Hakimi bin Alias, wakil TalentCorp selaku rakan strategik Yayasan LTAT. Beliau menyampaikan taklimat Halatuju dan Kerjaya STEM serta memberikan penerangan mengenai tatacara pengisian platform MyMahir.

Inisiatif STEM ini merupakan antara usaha pendidikan yang diperkenalkan oleh Menteri Pertahanan, YB Datoโ€™ Seri Mohamed Khaled Nordin semasa Majlis Peluncuran Inisiatif Pendidikan Yayasan LTAT 2025 baru-baru ini.

Sesi ini bertujuan meningkatkan kefahaman, minat dan kesedaran tentang kepentingan bidang STEM dalam membuka laluan kerjaya anak-anak ATM.