Aktiviti

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐‰๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ก ๐ˆ๐ง๐ข๐ฌ๐ข๐š๐ญ๐ข๐Ÿ ๐˜๐š๐ฒ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐‹๐“๐€๐“ & ๐Š๐ž๐ฆ๐š๐ก๐ข๐ซ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ๐ ๐š ๐“๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐š (๐Šยฒ๐“)

KOTA KINABALU, 17 November 2025 โ€“ Jelajah Inisiatif Yayasan LTAT diteruskan di Sabah melalui sesi taklimat bersama 100 Ahli BAKAT 5 Briged, Kem Lok Kawi, bersempena Majlis Hi-Tea Sekalung Budi Sejambak Kasih BAKAT 5 Briged.

WhatsApp
Telegram
Facebook
X
LinkedIn

KOTA KINABALU, 17 November 2025 โ€“ Jelajah Inisiatif Yayasan LTAT diteruskan di Sabah melalui sesi taklimat bersama 100 Ahli BAKAT 5 Briged, Kem Lok Kawi, bersempena Majlis Hi-Tea Sekalung Budi Sejambak Kasih BAKAT 5 Briged.

Majlis ini dihadiri oleh Setiausaha Politik YB Menteri Pertahanan, YBhg. Datuk Mohammad Khairi A. Malik, Pengerusi BAKAT 5 Briged, YBhg. Datin Rafidah Dawang, Ketua Eksekutif Yayasan LTAT, YBhg. Dato’ Dr. Mohd Nizar Hj. Sudin serta Ketua Staf MK 5 Briged, YBrs. Lt. Kol. Hazmeer Rezza Hazali.

Dalam Majlis ini, telah disampaikan tentang inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian Pertahanan seperti Program โ€˜Work Based Learningโ€™, Inisiatif RKAT, Program Ekonomi Madani dan lain-lain. Turut disampaikan Inisiatif Yayasan LTAT seperti program pendidikan, kemahiran dan kebajikan untuk warga serta keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Ini termasuk Program Kemahiran Keluarga Tentera (K2T) khusus untuk ahli BAKAT dan anak-anak ATM.

Program ini turut menampilkan pameran booth Yayasan LTAT bagi memberi maklumat lebih lengkap kepada Ahli BAKAT dan anggota ATM yang hadir.