KUALA LUMPUR, 17 November 2025 โ Program Outreach Pendidikan STEM bagi anakโanak ATM diteruskan di Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Tun Hussein Onn dengan penglibatan 140 pelajar Tingkatan 3 dan 4.
Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp), sebagai rakan strategik Yayasan LTAT dalam pelaksanaan program STEM di Sekolah Dalam Kem (SDK), telah mengendalikan satu sesi perkongsian bersama para pelajar. Wakil TalentCorp, Encik Muhammad Amri Hakimi bin Alias, memberi pendedahan tentang Halatuju & Kerjaya dalam bidang STEM, selain membantu pelajar menjalani ujian kecenderungan kerjaya melalui aplikasi MyMahir.
Usaha ini sejajar dengan aspirasi kerajaan Madani untuk memperkukuh penguasaan STEM sebagai pemacu daya saing negara. Dalam Belanjawan Madani 2025, kerajaan turut memperuntukkan dana bagi memperkukuh pendidikan STEM dan AI sebagai asas pembangunan jangka panjang.
Kerjasama strategik ini membolehkan pelajar mendapat bimbingan praktikal dan penilaian terperinci, membantu mereka membuat keputusan aliran pengajian dengan lebih yakin sebelum melanjutkan ke peringkat universiti.










