KUCHING – Seramai 20 peserta daripada ahli BAKAT Pangkalan Udara Kuching telah menyertai Kursus Gubahan Bouquet Bunga Sabun bertempat di Kolej Komuniti Santubong. Ia dianjurkan adalah susulan daripada taklimat Inisistif Yayasan LTAT dan Program K²T kepada Ahli BAKAT bagi mendalami teknik gubahan bouquet bunga sabun. Ini selaras bagi menyokong usaha Yayasan LTAT melalui inisiatif Kemahiran Keluarga Tentera (K²T ) dalam memperkasa pembangunan modal insan warga pertahanan.
Kursus ini bermula dengan pengenalan alatan asas seperti bunga sabun, foam flowers, pembalut hadiah, reben dan aksesori hiasan. Peserta turut didedahkan dengan langkah-langkah gubahan termasuk cara membentuk susunan bunga, memilih padanan warna, menyusun elemen dekoratif serta menguasai teknik balutan agar setiap bouquet kelihatan kemas, seimbang dan bernilai komersial.
Kursus ini bukan sahaja mencungkil kreativiti malah membuka peluang kepada ahli BAKAT untuk menjana pendapatan sampingan melalui produk kraftangan yang semakin mendapat permintaan dalam pasaran.
Selaras aspirasi Malaysia MADANI inisiatif ini memainkan peranan penting dalam memperkasa komuniti pertahanan khususnya wanita dengan memperkaya kemahiran, meningkatkan keyakinan dan menyokong kestabilan ekonomi keluarga.














