Aktiviti, Kemahiran

Kemahiran Keluarga Tentera (K²T ) – Kursus Menghias Kek Kolej Komuniti Seberang Jaya

TAIPING – Kursus Menghias Kek yang berlangsung di Kolej Komuniti Seberang Jaya telah disertai seramai 40 peserta daripada ahli BAKAT Pusat Latihan Kor Perkhidmatan Diraja, PULMAT. Program ini dianjurkan sebagai sebahagian daripada inisiatif Kemahiran Keluarga

WhatsApp
Telegram
Facebook
X
LinkedIn

TAIPING – Kursus Menghias Kek yang berlangsung di Kolej Komuniti Seberang Jaya telah disertai seramai 40 peserta daripada ahli BAKAT Pusat Latihan Kor Perkhidmatan Diraja, PULMAT. Program ini dianjurkan sebagai sebahagian daripada inisiatif Kemahiran Keluarga Tentera K2T oleh Yayasan LTAT dengan kolaborasi bersama Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).

Peserta diberi pendedahan menyeluruh tentang asas menghias kek termasuk teknik penggunaan buttercream, teknik memegang piping bag, cara menghasilkan pelbagai corak asas seperti bunga rose, bintang dan daun, serta kaedah menghias permukaan kek agar kemas dan menarik. Mereka turut mempelajari teknik layering, kombinasi warna, penyusunan hiasan seperti bunga dan figurine, serta sentuhan akhir untuk menjadikan dekorasi kek lebih profesional.

Program ini turut berperanan memperkasa wanita dalam komuniti pertahanan dengan memberi ruang menimba kemahiran baharu, dan meningkatkan kesejahteraan ekonomi keluarga, serta menyokong pembangunan modal insan warga pertahanan.