KUALA LUMPUR, 16 Disember 2025 — Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah Bil. 2/2025 telah diadakan bagi mengukur pencapaian setiap inisiatif yang telah dilaksanakan oleh Yayasan LTAT sekali gus menetapkan hala tuju perjalanan Yayasan LTAT bagi tahun 2026.
Mesyuarat tersebut dihadiri oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan LTAT yang terdiri daripada Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Pengerusi LTAT, YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Azizan Ariffin TUDM (Bersara) serta Ketua Eksekutif Yayasan LTAT, YBhg. Dato’ Dr. Mohd Nizar Hj. Sudin.







