Aktiviti, Kebajikan

Penyerahan Sumbangan Kebajikan kepada Waris Anggota-Anggota Angkatan Tentera Malaysia Yang Terlibat Kemalangan

Penyerahan Sumbangan Kebajikan kepada Waris Anggota-Anggota Angkatan Tentera Malaysia Yang Terlibat Kemalangan KELANTAN, 18 Disember 2025 – YBrs. Mej Abdul Halim bin Jaafar, Pegawai Pemerintah 8 Workshop Briged, Kem Pengkalan Chepa mewakili YB Menteri Pertahanan,

WhatsApp
Telegram
Facebook
X
LinkedIn

Penyerahan Sumbangan Kebajikan kepada Waris Anggota-Anggota Angkatan Tentera Malaysia Yang Terlibat Kemalangan

KELANTAN, 18 Disember 2025 – YBrs. Mej Abdul Halim bin Jaafar, Pegawai Pemerintah 8 Workshop Briged, Kem Pengkalan Chepa mewakili YB Menteri Pertahanan, Datoโ€™ Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah menyampaikan sumbangan kebajikan kepada waris anggota-anggota yang terlibat di dalam kemalangan jalan raya pada 11 Disember 2025 yang lalu di Bukit Belah, Machang, Kelantan.

Anggota dan waris yang telah menerima sumbangan adalah seperti berikut:

1. Sjn Fahmey bin Darus (meninggal dunia semasa kemalangan)

Waris: Nurmuzalifah binti Yahaya

2. Kpl Mohd Zulfazli bin Daud (cedera)

3. Kpl Mohd Zailani bin Che Mohamed Nasir (cedera)

4. LKpl Mohamad Azizul bin Daud (cedera)

Sumbangan tersebut merupakan inisiatif kebajikan Yayasan LTAT di bawah Bantuan Kebajikan Anggota Angkatan Tentera Malaysia (BAKA). Yayasan LTAT turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat serta mendoakan kesembuhan segera kepada anggota-anggota yang tercedera.