Aktiviti

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐‰๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ก ๐ˆ๐ง๐ข๐ฌ๐ข๐š๐ญ๐ข๐Ÿ ๐˜๐š๐ฒ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐‹๐“๐€๐“ & ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐Š๐ž๐ฆ๐š๐ก๐ข๐ซ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ๐ ๐š ๐“๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐š (๐Šยฒ๐“) – PU Subang

SUBANG, 19 Disember 2025 โ€“ Yayasan LTAT meneruskan Jelajah Inisiatif Yayasan LTAT dengan menyantuni warga Pangkalan Udara Subang melalui pelaksanaan Taklimat Inisiatif Yayasan LTAT & Program Kemahiran Keluarga Tentera (KยฒT). Bertempat di Dewan Ababil, Pangkalan

WhatsApp
Telegram
Facebook
X
LinkedIn

SUBANG, 19 Disember 2025 โ€“ Yayasan LTAT meneruskan Jelajah Inisiatif Yayasan LTAT dengan menyantuni warga Pangkalan Udara Subang melalui pelaksanaan Taklimat Inisiatif Yayasan LTAT & Program Kemahiran Keluarga Tentera (KยฒT).

Bertempat di Dewan Ababil, Pangkalan Udara Subang, program ini melibatkan kehadiran seramai 400 orang anggota ATM dan ahli BAKAT bagi mendapatkan pendedahan mengenai inisiatif Yayasan LTAT yang berteraskan pendidikan, kemahiran dan kebajikan. Program ini turut dimeriahkan dengan pameran booth oleh Yayasan LTAT dan rakan strategik JPPKK iaitu Kolej Komuniti Ampang, Kuala Langat, Klang dan Shah Alam, yang menyediakan maklumat berkaitan latihan kemahiran dan kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH).

Pelaksanaan Program Kemahiran Keluarga Tentera (KยฒT) ini turut mendapat sokongan daripada Pharmaniaga Berhad selaku penaja Program KยฒT ini. Jelajah ini turut diserikan dengan kehadiran Komander Pangkalan Udara Subang, Brig Jen Yusri Jamari TUDM, Ketua Eksekutif Yayasan LTAT, YBhg. Datoโ€™ Dr. Mohd Nizar Hj. Sudin, wakil Pengarah Jabatan Arah Pendidikan ATM,Kolonel Mohd Izani Junoh, Timbalan Pengarah JPPKK, Pn. Wan Marina Wan Mohd Nowalid, Pengerusi BAKAT PU Subang, Pn. Haslin Ismail, Pengurus Komunikasi Korporat Pharmaniaga, Pn. Nik Nurina Nik Kamaluddin serta Pengarah Kolej Komuniti Ampang, Pn. Sazuan Nazleen Mohd Azam.

Pelaksanaan di Pangkalan Udara Subang ini menandakan lokasi penutup bagi Jelajah Inisiatif Yayasan LTAT tahun 2025 sebelum diteruskan semula pada tahun hadapan.