Aktiviti, Kebajikan

Penyerahan Sumbangan Kebajikan kepada Anggota Angkatan Tentera Malaysia Yang Terlibat Nahas Kemalangan di Bentong

Penyerahan Sumbangan Kebajikan kepada Anggota Angkatan Tentera Malaysia Yang Terlibat Nahas Kemalangan di Bentong PAHANG, 23 Disember 2025 – Pada hari ini YBhg. Brigedier Jeneral Dato’ Pahlawan Safwan @Asri bin Ismail, Panglima 11 Briged, Batalion

WhatsApp
Telegram
Facebook
X
LinkedIn

Penyerahan Sumbangan Kebajikan kepada Anggota Angkatan Tentera Malaysia Yang Terlibat Nahas Kemalangan di Bentong

PAHANG, 23 Disember 2025 – Pada hari ini YBhg. Brigedier Jeneral Dato’ Pahlawan Safwan @Asri bin Ismail, Panglima 11 Briged, Batalion Ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Bentong mewakili YB Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin telah menyampaikan sumbangan kepada

Lans Koperal Naim Zuhair bin Mohammad Nazri yang terlibat kemalangan baru-baru ini.

Yayasan LTAT merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada anggota berkenaan atas pemergian kedua-dua ibu bapanya akibat nahas kemalangan jalan raya yang berlaku serta mendoakan agar beliau dikurniakan kesembuhan dan kekuatan oleh Allah SWT.

Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kebajikan Yayasan LTAT melalui program Bantuan Kebajikan Anggota Angkatan Tentera Malaysia (BaKA).