Aktiviti, Kebajikan

Program Prihatin MENHAN Sekolah Dalam Kem (SDK) Tahun 2026

TERENDAK, 26 Januari 2026 – Program Prihatin MENHAN Sekolah Dalam Kem (SDK) Tahun 2026 telah berlangsung di MRSM Terendak, Melaka dengan penyerahan Sumbangan Pendidikan kepada anak-anak warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang memerlukan di Kem

WhatsApp
Telegram
Facebook
X
LinkedIn

TERENDAK, 26 Januari 2026 – Program Prihatin MENHAN Sekolah Dalam Kem (SDK) Tahun 2026 telah berlangsung di MRSM Terendak, Melaka dengan penyerahan Sumbangan Pendidikan kepada anak-anak warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang memerlukan di Kem Terendak.

Sumbangan pendidikan ini telah disampaikan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pertahanan, melalui Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) selaras dengan teras kebajikan dan pendidikan di bawah Yayasan LTAT, sebagai tanda keprihatinan terhadap kesejahteraan warga ATM dan keluarga mereka.

Sumbangan ini telah memberi manfaat kepada 63 orang penerima, khususnya terdiri daripada pelajar yang menghadapi masalah kesihatan, penyakit kronik & OKU dalam membantu meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak ATM.

Turut hadir ialah YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan; YBhg. Jen. Dato’ Azhan bin Hj Md Othman, Panglima Tentera Darat; serta YBhg. Dato’ Dr. Mohd Nizar bin Hj. Sudin, Ketua Eksekutif Yayasan LTAT.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pertahanan dan Yayasan LTAT dalam memperkasa kebajikan serta pendidikan keluarga ATM.