Mesyuarat Penyelarasan Inisiatif Pendidikan Untuk Anak-Anak ATM 2026 bersama rakan strategik Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Jabatan Arah Pendidikan ATM telah berlangsung di Fakulti Pembangunan Manusia UPSI pada 27 Januari 2026.
UPSI merupakan rakan kolaborasi strategik berdasarkan kepakaran dan kekuatan institusi ini dalam bidang pembangunan pendidikan, latihan akademik serta pengalaman luas dalam melaksanakan program pendidikan berimpak tinggi. Kerjasama melalui ‘transfer knowledge’ @ pemindahan ilmu bagi menyokong perancangan pendidikan yang lebih tersusun dan berfokus demi manfaat anak-anak warga Angkatan Tentera Malaysia.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan dan disertai oleh YBhg. Dato’ Dr. Mohd Nizar bin Hj. Sudin, Ketua Eksekutif Yayasan LTAT, YBrs. Kolonel Mohd Izani Bin Junoh, Ketua Sektor Perkhidmatan, YBrs. Profesor Dr. Abdul Talib bin Mohamed Hashim, Dekan Fakulti Pembangunan Manusia UPSI dan YBrs. Encik Mohamad Izzuddin bin Zakaria, Pengurus UPSI Holdings Sdn. Bhd.
Kolaboratif strategik ini mencerminkan komitmen berterusan semua pihak dalam memperkukuh ekosistem pendidikan demi masa depan generasi anak-anak ATM.











