Aktiviti

Kunjungan hormat ke Yayasan TAQWA

KUALA LUMPUR, 6 Februari – Yayasan LTAT telah mengadakan kunjung hormat ke Yayasan TAQWA bagi memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua institusi. Pertemuan antara Ketua Eksekutif Yayasan LTAT, Dato’ Dr. Mohd Nizar bin Hj. Sudin dan

WhatsApp
Telegram
Facebook
X
LinkedIn

KUALA LUMPUR, 6 Februari – Yayasan LTAT telah mengadakan kunjung hormat ke Yayasan TAQWA bagi memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua institusi.

Pertemuan antara Ketua Eksekutif Yayasan LTAT, Dato’ Dr. Mohd Nizar bin Hj. Sudin dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan TAQWA, Tuan Haji Abdullah Zuhdee bin Ab. Halim menjadi platform perbincangan yang menumpukan kepada perancangan strategik berkaitan penerokaan kerjasama bagi pengukuhan pelaksanaan inisiatif Yayasan LTAT.

Inisiatif ini bertujuan memperkasakan kebajikan dan pendidikan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) secara mampan.