PULAU PINANG, 23 Februari 2026 – Yayasan LTAT dengan penuh rasa dukacita merakamkan ucapan takziah atas pemergian Tpr Indiran a/l Kayamboo, seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia yang telah berkhidmat kepada negara. Mendiang merupakan anak kepada mendiang Lt Kol C. Kayamboo TUDM yang terkorban ketika menjalankan tugas pada tahun 2016. Kehilangan ini sekali lagi menguji ketabahan Puan S. Usha dan keluarga yang telah memberikan pengorbanan besar kepada tanah air.
Yayasan LTAT menyerahkan sumbangan kebajikan kepada ibu mendiang yang telah disampaikan oleh Brig Jen Dato’ Wan Mohd Faizal Shahrin bin W. Mohamad Fablillah, Panglima 4 Briged (Mekanize), mewakili YB Menteri Pertahanan.



