Aktiviti, Kebajikan

Sumbangan kebajikan YB Menteri Pertahanan sempena Majlis berbuka Puasa bersama warga ATM

KUANTAN, 22 Februari 2026 – YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan LTAT telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kem Markas Wilayah

WhatsApp
Telegram
Facebook
X
LinkedIn

KUANTAN, 22 Februari 2026 – YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan LTAT telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kem Markas Wilayah Laut 1, Kuantan, Pahang.

Dalam majlis tersebut, YB Menteri Pertahanan telah menyampaikan bantuan kebajikan secara one-off kepada 20 orang anggota tentera dan ahli keluarga yang mengidap pelbagai penyakit, sebagai tanda keprihatinan dan sokongan berterusan terhadap kebajikan warga ATM.

Penyampaian bantuan ini merupakan komitmen Kementerian Pertahanan dalam memastikan kebajikan anggota ATM dan keluarga sentiasa diberi perhatian, khususnya dalam suasana Ramadan yang menuntut nilai ihsan dan kebersamaan.

Sumbangan ini disalurkan menerusi Program Bantuan Kebajikan Anggota Angkatan Tentera Malaysia (BaKA) yang terus menjadi platform utama Yayasan LTAT dalam membantu meringankan beban warga serta keluarga ATM yang memerlukan.