Aktiviti, Berita, Pendidikan

Program Simpanan Pendidikan Madani 2026

Program Simpanan Pendidikan Madani 2026 merupakan keprihatinan Kementerian Pertahanan menerusi Yayasan LTAT selaras dengan komitmen untuk memperkasa pendidikan anak-anak warga ATM. Program ini bertujuan menggalakkan penabungan awal pendidikan melalui pembukaan akaun Simpan SSPN Prime di

WhatsApp
Telegram
Facebook
X
LinkedIn

Program Simpanan Pendidikan Madani 2026 merupakan keprihatinan Kementerian Pertahanan menerusi Yayasan LTAT selaras dengan komitmen untuk memperkasa pendidikan anak-anak warga ATM. Program ini bertujuan menggalakkan penabungan awal pendidikan melalui pembukaan akaun Simpan SSPN Prime di bawah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Bagi sesi persekolahan 2026, seramai 3,328 murid Tahun 1 anak-anak ATM mendapat manfaat daripada sumbangan one-off sebanyak RM50.00, yang dikreditkan terus ke akaun masing-masing melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM166,400.00.