KOTA KINABALU, 5 MAC 2026 – Sumbangan Simpanan Pendidikan MADANI 2026 di bawah inisiatif Kementerian Pertahanan melalui Yayasan LTAT terus diperluas bagi menyokong penyimpanan awal pendidikan anak-anak warga pertahanan, dalam kalangan keluarga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada hari ini.
Serahan sumbangan Simpanan Pendidikan Madani kepada anak-anak TLDM kali ini diadakan di atas kapal KD Kelantan yang bertempat di Pangkalan TLDM Teluk Sepanggar.
Penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh YBhg. Jeneral Datuk Haji Malek Razak bin Sulaiman, Panglima Angkatan Tentera merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan LTAT.
Bagi perkhidmatan TLDM, seramai 612 anak anggota TLDM yang terdiri dari murid Tahun 1 seluruh negara menerima one off RM50 dikreditkan ke akaun SSPN-Prime masing-masing dengan jumlah keseluruhan sumbangan sebanyak RM30,600.
Penyerahan hari ini merupakan kesinambungan daripada penyampaian replika cek Simpanan Pendidikan MADANI 2026 yang telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan LTAT kepada tiga Panglima perkhidmatan pada 24 Februari 2026 yang lalu.
Turut mengiringi YBhg. Laksamana Madya Dato’ Khir Junaidi, Panglima Armada Timur TLDM, YBhg. Dato’ Dr. Mohd Nizar bin Hj. Sudin, Ketua Eksekutif Yayasan LTAT, YBrs. Kapten Mohd Fauzi bin Sabtu, Pegawai Memerintah KD Kelantan serta YBrs. Puan Muliati binti Kamaruddin, Pengarah PTPTN Negeri Sabah.
Insentif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Yayasan LTAT dengan kerjasama PTPTN dalam memperkukuh kesejahteraan keluarga warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Ibu-bapa warga ATM di galakkan meneruskan penambahan penambungan kepada anak-anak demi masa depan mereka.
















