Aktiviti, Berita

Majlis Iftar Ramadan Yayasan LTAT Perkukuh Sokongan Kepada Pelajar STAY ATM

STAY ATM, 6 Mac 2026 – Majlis Iftar Ramadan anjuran Yayasan LTAT bersama para pelajar Sekolah Tahfiz & Asrama Anak Yatim (STAY ATM) telah berlangsung dengan kehadiran Timbalan Menteri Pertahanan, YB Tuan Adly bin Zahari

WhatsApp
Telegram
Facebook
X
LinkedIn

STAY ATM, 6 Mac 2026 – Majlis Iftar Ramadan anjuran Yayasan LTAT bersama para pelajar Sekolah Tahfiz & Asrama Anak Yatim (STAY ATM) telah berlangsung dengan kehadiran Timbalan Menteri Pertahanan, YB Tuan Adly bin Zahari mewakili Menteri Pertahanan.

Dalam majlis tersebut, beberapa syarikat korporat telah menyumbang sumbangan CSR & Zakat Wakalah kepada kepada Mudir STAY ATM, YBrs. Mej. Azhan Ali dan sumbangan baju raya kepada pelajar STAY ATM. Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) turut menyerahkan sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) daripada IRAT Hotels & Resorts Sdn. Bhd. kepada Yayasan LTAT berjumlah RM73,200 yang diterima oleh Dato’ Dr Mohd Nizar B Hj Sudin Ketua Eksekutif Yayasan LTAT.

Turut berlangsung juga penyerahan bahan bacaan dan ilmiah sumbangan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kepada STAY ATM yang disampaikan oleh Ketua Editor Bahagian Majalah, YBrs. Dr. Rosmani Omar.

Dalam majlis sama, adik Wan Ahmad Amsyar bin Wan Amir Zaki menerima Anugerah Tahfiz Muda STAY ATM 2026 atas kejayaannya menghafaz Al-Quran dalam tempoh dua tahun pada usia 15 tahun.

Dalam majlis yang sama turut diadakan penyerahan duit raya kepada para pelajar oleh Timbalan Menteri Pertahanan serta Pengerusi LTAT merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan LTAT, YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Azizan bin Ariffin TUDM (Bersara).

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Dato’ Lokman Hakim bin Ali, dan Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota, YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Indera Zahari bin Mohd Arifin