Aktiviti, Kebajikan

Panglima Angkatan Tentera Sampaikan Sumbangan Kebajikan dan Simpanan Pendidikan MADANI di Pangkalan Udara Butterworth

PULAU PINANG, 13 Mac 2026 – Panglima Angkatan Tentera merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan LTAT, Malek Razak bin Sulaiman telah menyampaikan sumbangan kebajikan kepada 11 anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang sedang diuji

WhatsApp
Telegram
Facebook
X
LinkedIn

PULAU PINANG, 13 Mac 2026 – Panglima Angkatan Tentera merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan LTAT, Malek Razak bin Sulaiman telah menyampaikan sumbangan kebajikan kepada 11 anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang sedang diuji dengan musibah kesihatan sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan warga angkatan dan keluarga mereka.

Pada majlis yang sama, seramai 7 murid daripada keseluruhan 698 murid Tahun 1 dalam kalangan anak anggota Tentera Udara Diraja Malaysia turut menerima serahan simbolik Simpanan Pendidikan MADANI sempena Majlis Berbuka Puasa Warga Pangkalan Udara Butterworth bersama Panglima Angkatan Tentera.

Serahan tersebut telah disampaikan oleh Panglima Operasi Udara, Masro bin Kaliwon diiringi Pengurus Kanan Pembangunan Korporat Yayasan LTAT, Mohammad Zamri bin Zakaria. Turut hadir Pengarah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Pulau Pinang, Muhamad Muhsin Abdul Rahman yang mewakili PTPTN sebagai rakan kolaborasi strategik Yayasan LTAT.

#YayasanLTAT

#MinDefUpdate

#MinDefMalaysia

#JagaWiraKita

#KemahiranKeluargaTentera