Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Dato Dr. Mohd Nizar bin Haji Sudin, Ketua Eksekutif Yayasan LTAT bagi membincangkan inisiatif latihan keusahawanan untuk peserta yang telah menyertai Program Kemahiran Keluarga Tentera KยฒT. Delegasi INSKEN diketuai oleh Puan Viviantie bt. Sarjuni, Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN bersama barisan pengurusan utama. Satu pembentangan telah dibuat mengenai rangka serta modul latihan keusahawanan yang dirangka khusus bagi memperkasa peserta Program KยฒT.
Dalam pertemuan tersebut, INSKEN telah menawarkan kepakaran dalam membimbing dan membangunkan bakal usahawan dalam kalangan ahli BAKAT. INSKEN merupakan agensi latihan keusahawanan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).
Kerjasama strategik ini diharapkan dapat memperkukuhkan ekosistem keusahawanan serta membuka lebih banyak peluang penjanaan pendapatan seterusnya meningkatkan kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam memperkasa rakyat secara inklusif dan mampan.
#YayasanLTAT
#MinDefUpdate
#MinDefMalaysia
#JagaWiraKita






