KUALA LUMPUR, 21 Mei 2026 β Usaha memperkasa kecemerlangan pendidikan dalam kalangan anak-anak warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus diperkukuhkan menerusi pelaksanaan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan (AKP) Tahun 2026.
Perbincangan pada hari ini memberi tumpuan kepada pembentangan serta pengesahan senarai akhir penerima AKP 2026 yang melibatkan kategori Penerima Bantuan Universiti Awam dan Universiti Luar Negara 2026 bagi kategori ATM dan kategori Awam MINDEF, selain turut merangkumi penerima Anugerah Kecemerlangan Pendidikan SPM 2026.
Inisiatif tahunan ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pertahanan menerusi Yayasan LTAT dalam memastikan kebajikan serta pembangunan pendidikan anak-anak warga ATM sentiasa diberi perhatian dan sokongan.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg. Datoβ Dr. Mohd Nizar bin Haji Sudin, Ketua Eksekutif Yayasan LTAT, turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Arah Pendidikan, YBrs. Brigedier Jeneral Mohd Sharif bin Ishak; serta Setiausaha Bahagian BPSM, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pertahanan, Encik Mohd Khairuzaki bin Paiman.
#YayasanLTAT
#MinDefMalaysia
#MindefUpdate
#JagaWiraKita






