Berita, Kebajikan

YAYASAN LTAT TERUS MENYANTUNI KEBAJIKAN KELUARGA ATM

Yayasan LTAT menyampaikan sumbangan kebajikan kepada enam keluarga warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berdepan cabaran kesihatan di Lumut, Perak sebagai usaha berterusan dalam menjaga kebajikan warga ATM dan keluarga.
WhatsApp
Telegram
Facebook
X
LinkedIn

LUMUT, 15 September 2026 – Yayasan LTAT meneruskan usaha menyantuni kebajikan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi penyampaian sumbangan kepada enam keluarga yang berdepan cabaran kesihatan.

Sumbangan disampaikan oleh Cik Noor Hasanah binti Ali Hamzah, Penolong Pengurus Akaun, Sumber Manusia dan Pentadbiran Yayasan LTAT kepada Muhammad Aiman Naufal bin Mohd Syawal, anak kepada BK TLR Mohd Syawal bin Che Dollah; Puan Nurul Syahida binti Hamzah, isteri kepada LK TMK Fakhriyuddin bin Azam; Nur Azzahra Raisya binti Mohd Yusrizal, anak kepada Mohd Yusrizal bin Hasnan; Arfan Rizqi bin Hafis Husaimi, anak kepada BM TMK Hafis Husaimi bin Zainon; Nur Alya Syawani, anak kepada PW I TLS Hazemi bin Mamat; serta Hirisha Sri, anak kepada BK TMS Sathivaran a/l Marutha Muthu.

Turut hadir, ahli-ahli BAKAT iaitu Puan Nor Aidawati binti Zakaria, Puan Normajmin binti Nor Majid dan Puan Zaleha binti Zakaria.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Yayasan LTAT untuk mendampingi serta memberi perhatian terhadap kebajikan keluarga ATM. Semoga sumbangan yang disampaikan dapat membantu meringankan beban setiap keluarga dalam menghadapi cabaran yang dilalui.