KUALA LUMPUR, 15 September 2026 – Keprihatinan terhadap kebajikan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga diteruskan menerusi Program Prihatin Kasih BAKAT Darat yang berlangsung di RKAT Kem Perdana Sungai Besi dan RKAT Bukit Jalil.
Puan Sri Noor Ainy binti Hj Mohd Ali, Pengerusi Jemaah BAKAT Darat bersama wakil Yayasan LTAT, Puan Zarina Mohamad, Pengurus Kanan CSR & Strategi Yayasan LTAT telah menyampaikan serahan kebajikan kepada empat penerima, iaitu Adik Muhamad Hadif bin Che Mansor, anak kepada Kpl Che Mansor bin Che Shamsudin; Puan Siti Nuramirah binti Jaafar, isteri kepada Allahyarham Mej Muhammad Zul Afifie bin Muhamad Rizal; Adik Muhammad Nor Iqwan bin Mohd Ridzuan, anak kepada PW II Mohd Ridzuan bin Halim; serta Adik Nur Auliya Arisa binti Muzamil, anak kepada Kpl Muzamil bin Mahmorni.
Turut hadir ialah Datin Zailifah binti Hj Ali, Naib Pengerusi Jemaah BAKAT Darat, Datin Rozita Waty binti Ridzuan, Naib Pengerusi 1 Jemaah BAKAT Darat, Datin Zuraida binti Mohayedi, Pengerusi BAKAT PLDTD, Puan Zuraidah binti Md Shahidun, Pengerusi BAKAT 12 Briged.
Serahan ini merupakan tanda ingatan dan sokongan kepada keluarga yang sedang berdepan cabaran, di samping menyantuni kebajikan komuniti warga pertahanan. Semoga segala urusan para penerima dan keluarga dipermudahkan, dikurniakan kesembuhan serta diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi setiap ujian.