TERENDAK, 17 September 2026 – Seramai 116 pelajar Tingkatan 5 SMK Kem Terendak menyertai Program SENTUHAN ELIT: Komponen Hala Tuju dan Kerjaya Selepas SPM sebagai persediaan untuk merancang langkah seterusnya selepas menamatkan alam persekolahan.
Program ini menghimpunkan wakil daripada UPU, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Multimedia University (MMU) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM). Para pelajar berpeluang meneroka pelbagai laluan pendidikan, mendapatkan maklumat berkaitan permohonan kemasukan serta mengenali bidang pengajian yang selari dengan minat dan potensi mereka.
Menerusi pendedahan ini, para pelajar diharapkan lebih jelas, yakin dan bersedia membuat pilihan terbaik untuk membina masa depan selepas SPM.