Berita, Kebajikan

BAKAT ATM DAN YAYASAN LTAT BERSAMA MENYANTUNI PESAKIT DI HAT TUANKU MIZAN

Yayasan LTAT bersama BAKAT ATM terus memperkukuh komitmen kebajikan menerusi lawatan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan bagi menyantuni warga ATM dan keluarga yang berdepan cabaran kesihatan.
WhatsApp
Telegram
Facebook
X
LinkedIn

1 OKTOBER – Yayasan LTAT bersama BAKAT ATM meneruskan usaha menyantuni kebajikan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Lawatan Kebajikan BAKAT ATM ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan.

Puan Sri Datin Seri Hajah Siti Juana binti Md Ibrahim, Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM bersama YBhg. Dato’ Dr. Mohd Nizar bin Haji Sudin, Ketua Eksekutif Yayasan LTAT serta AJK BAKAT tertinggi BAKAT ATM berkesempatan menyantuni warga ATM serta ahli keluarga yang sedang menerima rawatan di HAT Tuanku Mizan.

Sesi lawatan melibatkan tiga buah wad, iaitu Wad Pediatrik, Wad Obstetrik dan Ginekologi (O&G) serta Wad Pembedahan Wanita. Pada lawatan tersebut, sumbangan kebajikan Yayasan LTAT telah disampaikan kepada 23 orang penerima dengan harapan dapat membantu meringankan beban serta memberikan sokongan dan semangat sepanjang proses rawatan dan pemulihan.

Turut hadir ialah wakil BAKAT daripada formasi Darat, Laut dan Udara serta Markas ATM. Kebersamaan ini memperkukuh usaha menyantuni kebajikan dan kesejahteraan komuniti warga pertahanan, khususnya ketika berdepan cabaran kesihatan.

Semoga para pesakit dikurniakan kekuatan, dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesembuhan.