Berita, Kebajikan

DARI HATI KE HATI, MENYANTUNI KELUARGA ATM DI TAIPING

Yayasan LTAT menyampaikan sumbangan kebajikan kepada tujuh penerima yang berdepan cabaran kesihatan di Taiping, Perak sebagai usaha berterusan dalam menjaga kebajikan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga.
WhatsApp
Telegram
Facebook
X
LinkedIn

TAIPING, 10 OKTOBER 2026 – Yayasan LTAT meneruskan usaha menyantuni warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga melalui penyampaian sumbangan kebajikan kepada tujuh penerima yang berdepan cabaran kesihatan di Taiping, Perak.

Antara penerima ialah Aleesya Sofea, 4 tahun, anak kepada Sjn Adam bin Md Yusop, serta dua beradik berusia 7 tahun, Qasrina Aisha dan Qasrina Falisha, anak kepada Kpl Muhamad Syawal Nizam bin Ani.

Turut disantuni ialah Nurashikin binti Ahmad Husaini, isteri kepada Kpl Muhamad Sholihin bin Ahmad Jelani; Kpl Mohammad Shaifuddin bin Ismail; Shahidatun Nadiah binti Muhammad, isteri kepada Sjn Faridzul bin Azami; serta Nur Zalifah binti Zainudin, isteri kepada LKpl Amirul Syazwan bin Sazali.

Penyampaian sumbangan ini dihadiri oleh Encik Mohd Fitri bin Ibrahim, Pengurus Pembangunan Korporat, yang mewakili Yayasan LTAT, bersama Puan Syazwani binti Md Saad, Pengerusi BAKAT Markas RAJD 2 Div.

Setiap keluarga mempunyai kisah dan cabaran tersendiri. Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban serta memberikan semangat kepada penerima dan keluarga dalam menghadapi hari-hari mendatang.

Yayasan LTAT terus menyantuni kebajikan keluarga ATM agar mereka yang diuji turut merasakan sokongan dan keprihatinan bersama.