Berita, Kemahiran

HARI KETIGA DAN PENUTUP KURSUS KEUSAHAWANAN K²T 2026 MELABUHKAN TIRAI, MEMPERKASA KEYAKINAN PESERTA MELANGKAH KE DUNIA PERNIAGAAN

Hari ketiga Kursus Intensif Keusahawanan Kemahiran Keluarga Tentera (K²T) 2026 melabuhkan tirai dengan pengisian yang memfokuskan persediaan memulakan perniagaan, memperkukuh keyakinan dan memperkasa ahli BAKAT ATM untuk merealisasikan aspirasi sebagai usahawan berdaya saing.
WhatsApp
Telegram
Facebook
X
LinkedIn

BANGI, 23 November 2026 – Hari ketiga Kursus Kemahiran Keluarga Tentera (K²T) 2026 melabuhkan tirai dengan pengisian yang memberi tumpuan kepada persediaan memulakan perniagaan serta memperkukuh keyakinan peserta untuk merealisasikan impian sebagai usahawan.

Antara pengisian utama ialah sesi pitching yang memberi peluang kepada para peserta membentangkan idea perniagaan masing-masing, di samping berkongsi nilai sentimental dan kisah peribadi yang menjadi inspirasi untuk menceburi bidang keusahawanan. Perkongsian ini menyerlahkan semangat dan keazaman mereka untuk membina perniagaan sendiri.

Peserta turut diberikan pendedahan mengenai persediaan operasi perniagaan serta penyediaan Pelan Tindakan 30 Hari sebagai panduan untuk memulakan langkah dalam dunia keusahawanan.

Pengakhiran kursus selama tiga hari ini diharap menjadi titik permulaan kepada peserta untuk terus maju dalam bidang keusahawanan serta memanfaatkan ilmu dan pengalaman yang diperoleh bagi membina perniagaan yang berdaya maju.