Aktiviti

π€π˜π€π’π€π 𝐋𝐓𝐀𝐓 π“π„π‘πŽπŠπ€ πŠπ„π‘π‰π€π’π€πŒπ€ 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐑𝐃 π‚πŽπ‘π π”ππ“π”πŠ πŒπ„πŒππ„π‘πŠπ€π’π€ πŠπ„π‹π”π€π‘π†π€ π€π“πŒ

Yayasan LTAT meneroka peluang kerjasama strategik bersama HRD Corp menerusi kunjungan hormat Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan LTAT, Dato’ Dr. Mohd Nizar Haji Sudin, kepada Ketua Eksekutif HRD Corp, YBhg. Dato’ Shamir Aziz, bagi memperluas peluang
WhatsApp
Telegram
Facebook
X
LinkedIn

KUALA LUMPUR, 24 November 2026 – Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan LTAT, Dato’ Dr. Mohd Nizar Haji Sudin, bersama delegasi Yayasan LTAT mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Eksekutif HRD Corp, YBhg. Dato’ Shamir Aziz, di Wisma HRD Corp.

Pertemuan ini memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan dan meneroka peluang kerjasama dalam pembangunan modal insan serta pemerkasaan sosioekonomi keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Antara fokus perbincangan ialah usaha memperluas akses kepada latihan dan pembangunan kemahiran bagi meningkatkan kebolehpasaran serta membuka lebih banyak peluang kerjaya dan penjanaan pendapatan untuk keluarga ATM.