Kementerian Pertahanan melalui Yayasan LTAT telah melaksanakan Program Kemahiran Keluarga Tentera (KยฒT) yang melibatkan penyertaan dalam kalangan ahli BAKAT dan anak-anak anggota ATM di seluruh negara.
Program ini merupakan inisiatif yang telah diluncurkan oleh YB Menteri Pertahanan, Datoโ Seri Mohamed Khaled Nordin, sebagai usaha memperkasa kemahiran ahli keluarga ATM agar lebih berdaya saing dan berpotensi menjana pendapatan sampingan.
Terkini, seramai 15 peserta daripada ahli BAKAT Kem Wardieburn telah mengikuti Kursus Bakeri & Pastri: Kek Pandan Gula Melaka dan Tiramisu di Kolej Komuniti Ampang pada 4 Oktober 2025. Kursus jangka pendek ini memberi pendedahan dan pengetahuan dalam bidang penyediaan pencuci mulut.
Pelaksanaan program ini turut mendapat sokongan daripada Pharmaniaga Berhad sebagai rakan strategik yang menaja sepenuhnya kos pelaksanaan program berkenaan.
Untuk penyertaan pada siri seterusnya, ahli keluarga ATM boleh menghubungi urusetia Badan Kebajikan Anggota Tentera (BAKAT) di kem masing-masing.










