KUCHING, 16 Oktober 2025 โ Program Jelajah Inisiatif Yayasan LTAT diteruskan di Zon Sarawak dengan penganjuran sesi taklimat di Kem Penrissen, Kuching.
Sesi taklimat disampaikan oleh YBrs. Puan Zarina Mohamad, Pemangku Pengurus Kanan Unit Strategi & CSR Yayasan LTAT, yang memberi penerangan tentang pelbagai inisiatif pendidikan, kemahiran dan kebajikan untuk warga serta keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Pada masa sama, turut berlangsung Program Kemahiran Keluarga Tentera (KยฒT) yang membuka tirai Fasa Dua. Inisiatif yang diberi mandat oleh YB Datoโ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan LTAT ini bertujuan memperkasakan keluarga ATM melalui latihan kemahiran dan peluang keusahawanan.
Turut hadir, YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Khairul Anuar bin Abd Aziz, Panglima 1 Divisyen, YBhg. Datin Roslina binti Abu Bakar, Pengerusi BAKAT 1 Divisyen, YBrs. Kolonel Rosezaimee bin Abdullah @ Ismail, Ketua Staf Markas 1 Divisyen, dan Puan Shafrine binti Mohamad Morshidi, Ketua Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kolej Komuniti Kuching.
Antara kolej komuniti yang turut serta membuka reruai ialah KK Kuching, KK Mas Gading dan KK Santubong, yang memperkenalkan pelbagai kursus kemahiran seperti Aneka Bun, Pembuatan Rantai, Pendawaian Elektrik dan Pengendalian Makanan.
Jelajah seterusnya akan diteruskan di Pangkalan Udara Kuching pada 17 Oktober 2025.








