Aktiviti, Pendidikan

PROGRAM PENDIDIKAN STEM ANAK ATM – SMK PANGKALAN TLDM, LUMUT

LUMUT, 10 Disember 2025 – Yayasan LTAT meneruskan lagi penganjuran Program Pendidikan STEM Anak ATM dengan kerjasama dan Universiti Sains Malaysia (USM) di SMK Pangkalan TLDM, Lumut, sebagai usaha memperkukuh akses pendidikan berkualiti kepada anak-anak

WhatsApp
Telegram
Facebook
X
LinkedIn

LUMUT, 10 Disember 2025 – Yayasan LTAT meneruskan lagi penganjuran Program Pendidikan STEM Anak ATM dengan kerjasama dan Universiti Sains Malaysia (USM) di SMK Pangkalan TLDM, Lumut, sebagai usaha memperkukuh akses pendidikan berkualiti kepada anak-anak warga ATM.

Seramai 60 orang pelajar Tingkatan 2 dan 3 telah menyertai Bengkel Snap Circuit yang dikendalikan oleh pasukan USM. Bengkel ini diterajui oleh YBrs. Profesor Dr. Asrulnizam Abd Manaf, Pengarah Pusat Usahasama Kecemerlangan Rekabentuk Mikroelektronik (CEDEC) USM, yang memperkenalkan asas elektronik melalui pendekatan pembelajaran secara hands-on yang interaktif dan mudah difahami.

Program ini merupakan inisiatif kelima di bawah Inisiatif Pendidikan Yayasan LTAT 2025, yang telah sempurna diluncurkan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohammed Khaled Nordin. Inisiatif ini bertujuan membuka ruang penerokaan ilmu bagi mencorakkan masa depan yang lebih cerah dalam bidang sains dan teknologi.

Pengetua SMK Pangkalan TLDM, Lumut, Tuan Haji Hassan bin Abd Ghafor dalam ucapannya melahirkan rasa penghargaan di atas pelaksanaan inisiatif yang amat bermanfaat ini dalam menerapkan budaya pembelajaran STEM di kalangan pelajar-pelajar. Turut hadir sama Encik Mohd Ashraff bin Hj Mohd, Pegawai Khas kepada Menteri Pengajian Tinggi (KPT), yang merakamkan penghargaan atas kolaborasi strategik antara Yayasan LTAT dan USM dalam pelaksanaan modul intensif di bawah Fasa Program STEM Outreach.