๐๐๐ง๐ฒ๐๐ซ๐๐ก๐๐ง ๐๐ฎ๐ฆ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐๐๐ฃ๐ข๐ค๐๐ง ๐ค๐๐ฉ๐๐๐ ๐๐ง๐ ๐ ๐จ๐ญ๐ ๐๐ง๐ ๐ค๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐๐ซ๐ฅ๐ข๐๐๐ญ ๐๐๐ก๐๐ฌ ๐๐๐ฆ๐๐ฅ๐๐ง๐ ๐๐ง
MELAKA, 5 Januari 2026 โ Panglima Latihan Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Marzuki bin Hj Mokhtar, mewakili YB Datoโ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pertahanan, telah menyempurnakan penyampaian sumbangan kebajikan kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terlibat dalam satu kemalangan.
Untuk makluman, kemalangan tersebut melibatkan insiden payung terjun yang berlaku di Encore, Melaka ketika sesi demonstrasi. Anggota ATM yang terlibat ialah Koperal Syed Mohd Azayuzil Afifi bin Syed Mohd Aziz yang telah disampaikan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada anggota terbabit.
Yayasan LTAT mendoakan agar anggota yang terlibat diberikan kekuatan dan ketabahan oleh Allah SWT dalam menghadapi ujian ini.
Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kebajikan Yayasan LTAT menerusi Program Bantuan Kebajikan Anggota Angkatan Tentera Malaysia (BaKA), selaras dengan komitmen berterusan Yayasan dalam menyantuni kebajikan warga ATM.



